MENU

Wednesday, March 18, 2020

COVID-19: RASIONAL DI SEBALIK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

RASIONAL DI SEBALIK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

1. Tempoh pengeraman (incubation period) bagi SARS-CoV-2 (virus penyebab COVID-19) adalah selama 11.5 hari [1], namun tempoh kuarantin yg diamalkan oleh KKM adalah 14 hari untuk lebih selamat. Maksudnya selepas seseorang dijangkiti virus, dalam masa 14 hari, dia akan menunjukkan simptom.

2. Sebagai contoh hari ini (17 Mac) adalah hari terakhir jangkitan antara manusia berlaku, bermakna paling lambat seseorang yg dijangkiti akan menunjukkan simptom adalah pd 31 Mac. Jika tiada simptom selepas itu, insyaAllah seseorang itu selamat drpd jangkitan.

3. Jika perintah kawalan pergerakan ni berkesan 💯 (bermakna sifar jangkitan antara manusia sepanjang tempoh tersebut (best case scenario)), maka tiada lagi kes baru akan dilaporkan pada 1 April. Yang ada hanya pesakit yg sedia ada yg sedang dirawat di hospital-hospital.

4. Maka manusia yg bebas di luar yg tidak ditahan di wad pada 1 April adalah bebas virus. Walaubagaimanapun, ini adalah senario yg paling ideal.

5. Realitinya, perkara ini mustahil untuk dicapai terutamanya kerana, pertama, ada segelintir rakyat Malaysia yg tidak memahami kepentingan perintah ini dan bergerak ke sana ke sini tanpa mengetahui risiko yg dibawanya ke atas seluruh rakyat Malaysia. Kedua, tempoh ini bukan full lockdown. Maka, akan masih ada yg terpaksa keluar rumah untuk mencari keperluan asas. Ketiga, ada pesakit yg dalam tempoh 14 hari ini, dia sendiri pun tidak tahu bahawa dia telah dijangkiti. Jadi ada kemungkinan dia akan menyebarkannya kepada orang lain dlm tempoh 14 hari ni.

6. Jadi, jika jangkitan sesama manusia masih berlaku semasa kawalan ini, bermakna kita akan masih menyaksikan laporan kes-kes baru selepas 31 Mac. Mungkin bilangannya lebih kecil berbanding sekarang ini sebab sy yakin lebih ramai rakyat yg memahami perintah ini berbanding dengan yg tidak cakna. Dan jika masih ada kes baru, lebih mudah untuk mengesan 'contact' kerana, pada anggapannya, kes baru hanya berada di dalam rumah dan 'contact' hanya terdiri drpd ahli keluarga.

7. Justeru, jadilah rakyat Malaysia yg cakna dan cerdik. Jangan pentingkan diri sendiri supaya negara kita bebas daripada wabak COVID-19. Anda mesti elakkan daripada membuat perjalanan yg tidak penting. Jika terpaksa, amalkan 'social distancing', pemakaian 'mask', dan jaga kebersihan untuk mengurangkan risiko.

8. Jika tempoh kawalan pergerakan ini gagal mengurangkan jumlah kes, tidak mustahil kita akan masuk ke fasa 'full lockdown'. Fasa ini bukan perkara main-main. Saya yakin kita semua tidak mahu masuk ke fasa tersebut kerana semua benda akan terjejas terutamanya ekonomi.

Rujukan:
1. https://www.jwatch.org/na51083/2020/03/13/covid-19-incubation-period-update

Sumber: Dr. Izzuddin Ahmad Nadzirin @Lecturer of IIUM


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment