MENU

Friday, December 2, 2016

App Ringkas Mengira Keperluan Petak di Jadual Waktu KSSR 2017 Berdasarkan Bil. Minggu Kalender Akademik

MGB Selangor ada aplikasi ringkas untuk membantu Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Jadual Waktu mengira keperluan bilangan masa (petak) di jadual waktu sekolah.

Hanya memerlukan 3 bahagian untuk dilalui bagi mendapatkan rangka jadual waktu tersebut. Rangka jadual waktu yang betul amat penting sebelum jadual waktu dijana oleh hmana-mana aplikasi.

Bahagian A: Menentukan maklumat Asas berkaitan Jadual Waktu Sekolah

  1. Mula-mula isikan Tahun berapa (1, 2, 3, 4, 5 atau 6) 👉
  2. Isikan bil minggu Kalender Akademik (32 hingga 43) 👉
  3. Masa pertama bermula pada pukul
  4. Tempoh satu masa belajar (1 period berapa minit)
  5. Rehat bermula pada pukul berapa?
  6. Tempoh masa waktu rehat (berapa minit)
Berdasarkan maklumat yang diberi tersebut, aplikasi akan mengira bilangan waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran bagi Tahun tersebut.



Bahagian B: Menetapkan bil. masa seminggu bagi setiap mata pelajaran
Pihak sekolah diberi kuasa untuk menentukan bilangan masa bagi setiap mata pelajaran seminggu asalkan ia tidak kurang dari masa yang dicadangkan oleh aplikasi (kiraannya berdasarkan SPI 8/2016). Sekolah boleh melebihkan mana-mana mata pelajaran bergantung kepada kelemahan dan kekuatan sekolah misalnya dari segi kompetensi muridnya dan bilangan guru opsyen sedia adanya.


  1. Anda diberi kuasa untuk menentukan berapa masa seminggu belajar bagi setiap mata pelajaran
  2. Namun ia tidak boleh kurang daripada jam setahun seperti yang ditetapkan dalam SPI 8/2016
  3. Anda masukkan bilangan masa cadangan dan sistem akan memeriksa sama ada jam tahunannya mencukupi atau tidak
  4. Isikan bilangan masa bagi setiap mata pelajaran di lajur F (warna kuning) dalam jadual berikut


Bahagian C: Menetapkan Rangka Jadual Waktu Sekolah
Bahagian ini adalah untuk menentukan waktu mula dan waktu balik setiap hari di rangka jadual waktu sekolah agar akhirnya bilangan petak yang terdapat di jadual tersebut sama dengan bilangan yang anda pilih dalam Bahagian B tadi.

  1. Anda perlu tentukan dalam Jadual Waktu tersebut dengan petak P&P (kuning) dan petak bukan P&P (hitam)
  2. Untuk menghitamkan petak taip simbol slash ("/") pada petak tersebut
  3. Petak hitam tidak dikira sebagai period P&P. Hanya petak kuning dikira sebagai Period P&P
  4. Untuk menghilangkan petak hitam, tekan butang DELETE pada petak berkenaan
  5. Jumlah bilangan petak kuning (P&P) dikira secara automatik dan ditunjukkan pada sel K37 (petak biru) di bawah
  6. Anda perlu sekurang-kurangnya menyamakan dengan petak hijau pada sel E21. Apabila telah sama, warna petak tersebut akan bertukar warna menjadi hijau

Sila klik di sini untuk ke app tersebut.

Untuk menilai/beri cdangan sila klik di sini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment