MENU

Thursday, February 4, 2016

Mesyuarat Prapersediaan Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-5

Satu mesyuarat prapersediaan Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-5 antara Pegawai dan Tuan Rumah telah diadakan di Hotel Goldcourse pada 4 Februari 2016 pukul 3 petang.  Konvensyen kali kelima ini akan diadakan pada 5 hingga 7 April 2016 di TH Hotel & Convention Terengganu dengan MGB Kuala Selangor pula menjadi tuan rumah.

Mesyuarat bersama Pegawai yang dihadiri oleh En. Mohamad Alwan Ginen (Yang Dipertua), En. Sukimin bin Juki (Timbalan), Tn. Hj. Abd. Shukor Ujang (Naib), En. Zakaria Ismail (Naib 2), Tn. Hj. Hamidi Daud (Setiausaha), Tn. Hj. Nor Azmi Rahmat (Bendahari) dan En. Rosman Mansoor (Pen. Setiausaha) itu berfsama-sama Tn. Hj. Muhammed Adzhar Alias (Pengerusi), En. Abdul Rahman Marhaban (Setiausaha), En. Misnan Maswan dan Pn. Zaini Khalid.

Mesyuarat telah memutuskan untuk menggunakan model Hulu Selangor dan Gombak dalam segi agihan AJK dan cara pelaksanaan.  Ini menjadikan semua AJK Pelaksana adalah terdiri daripada semua Guru Besar dari Kuala Selangor.









1 comment:

  1. Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan berjalan lancar serta lebih sukses.

    ReplyDelete