MENU

Thursday, October 29, 2015

Pembetulan Buku Kedatangan Murid (Register)




Surat yang dikeluarkan oleh Pengarah BPSH Tuan Abdullah bin Mad Yunus ini boleh diguna pakai bagi semua jenis penutupan sekolah akibat daripada bencana alam. Ia tidak terhad kepada jerebu semata-mata. Sehubungan itu isu sekolah pada 5-9 januari yang ditangguhkan pembukaannya oleh KPM yang disebabkan oleh bencana banjir adalah termasuk dalam cakupan surat ini.

Sehubungan itu terdapat keperluan untuk membetulkan maklumat di Jadual Kedatangan Murid pada tarikh dan bulan yang terbabit seperti berikut:

Bulan
Tarikh
Bil. Hari
Jenis Bencana
Januari
5, 6, 7, 8 dan 9
5
Banjir
September
15 dan 28
2
Jerebu
Oktober
5, 6, 19, 20, 21 & 22
6
Jerebu


Maka dengan itu,  guru kelas perlu memperbetulkan Jadual Kedatangan Murid dari segi penandaan kehadiran murid.  Sebaik-baiknya diselaraskan di peringkat negeri atau daerah melalui inisitif PK HEM kerana perubahan di Jadual Kedatangan Murid agak banyak.  Ini untuk mengelakkan ketidakseragaman dan keilapan dalam membuat pembetulan.  Patuhi ketetapan JKM tersebut sebagai legal document yang tidak boleh dipinda menggunakan liquid paper ataupun dipadam.
1.     Tanda  (0 dengan berisi huruf S di dalamnya) pada setiap murid bagi tarikh 5 hingga 9 Januari 2015. Bermaksud murid tidak hadir bersebab.
2.     Menambah 5 hari lagi pada “Bilangan hari belajar dalam bulan ini” dan “Jumlah hingga akhir bulan ini” mulai bulan Februari hingga Ogos.
3.     Menambah 5 hari lagi pada “Banyak hari belajar dalam bulan-bulan sudah” dan “Jumlah hingga akhir bulan ini” pada bulan Januari) menjadikannya 20 hari.

*Jumlah hingga akhir bulan ini  tidak semestinya sama antara sekolah kerana ia tertakluk kepada Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan yang sekolah tersebut telah ambil.



Sementara itu, pihak sekolah pula perlu mengira semula jumlah Hari Sekolah yang terkini iaitu dengan menjumlahkan jumlah hari yang telah bersekolah dengan jumlah hari akan bersekolah hingga akhir tahun.  Ini penting  bagi memastikan ia tidak kurang daripada 190 hari.  Dengan adanya jumlah Hari Bersekolah  ini, mudah untuk pihak sekolah mengatur semula permohonan Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan mengikut kelayakan yang masih ada.

Sehubungan itu masalah untuk mendapatkan kelulusan Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan seharusnya sudah tidak wujud memandangkan rata-rata sekolah mempunyai lebihan Hari Sekolah yang mencukupi walaupun menggunakan sepenuhnya Cuti Peristiwa (4 hari) dan Cuti Perayaan (5 hari).


No comments:

Post a Comment