Dalam Mesyuarat Pegawai MGB Selangor 6/2019 pada 28 Oktober 2019 telah diputuskan MGB Selangor akan menghadiahkan sepotong/sepasang kain kepada Guru Besar SK yang masih berkhidmat sehingga pada 31 Disember 2019. Ini selari dengan slogan MGBS iaitu “BOMS” (Berkebajikan, Optimum, Mesra dan Sistematik) Sehubungan itu dipohon YBhg Datin/Tuan/Puan mengisi borang Google yang dikirimkan oleh wakil daerah masing-masing selewat-lewatnya pada 15 November 2019 (Jumaat). Sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi Ahli Exco MGBS bagi Daerah masing-masing.
Berikut ialah sekolah-sekolah yang masih belum mengisi borang tersebut. Harap dapat bertindak segera untuk memastikan kain dapat ditempah dahn dihantar sebeljum berakhir tahun 2019.
MENU
▼
Thursday, November 21, 2019
Tuesday, November 12, 2019
BENGKEL PEMANTAPAN PENYELARASAN JADUAL WAKTU (KSSR SEMAKAN 2017)
Salah satu usaha oleh Majlis Guru Besar Daerah Kuala Langat mengadakan bengkel ini kepada semua guru besar SK Daerah Kuala Langat
Tarikh: 07 November 2019
Tempat: Dewan Cenderawasih, PPD Kuala Langat
Penceramah: Encik Sukimin bin Juki,
Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra Merangkap YDP GMGBM dan YDP MGB Selangor
Pihak MGB Kuala Langat mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP atas perkongsian ilmu tersebut.
Friday, November 8, 2019
Monday, November 4, 2019
Bengkel Google Classroom Perkasa ICT Guru Besar Negeri Selangor
Pada Isnin, 4 November 2019 bertempat di Dewan Besar SK Bukit Jelutong, Shah Alam, telah diadakan Bengkel Google Classroom khusus buat semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan di negeri Selangor. Bengkel ini dijalankan dengan bermula dengan Pendaftaran dan Sarapan. Setelah Bacaan Doa, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tuan Sukimin Bin Juki YDP MGB Selangor, merangkap, YDP MGB Gabungan Malaysia. Bengkel Google Classroom berjaya disampaikan dengan jayanya oleh Mohd Khamarol Izwan Bin Othman, Jurulatih Utama Google Classroom Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Bengkel diselang-seli dengan Penyampaian Sijil, Cenderamata dan pelancaran Pelantar e-Dagang KOGUBESTore olek Koperasi Guru Besar Selangor Berhad atau KOGUBEST dan Program diakhiri dengan Perasmian penutup oleh Presiden Angkasa, Dato' Abdul Fattah Bin Abdullah