MENU

Thursday, May 31, 2018

Penghantaran Modul InTANS ke Sekolah-sekolah

Jadual menunjukkan rekod penghantaran naskah Modul InTANS ke sekolah-sekolah.

Wednesday, May 30, 2018

Bengkel VLE dalam Pengoperasian

30 Mei 2018 ( Rabu )
Makmal Komputer
SK Sg Kelambu
Sasaran: Guru-guru Besar SK

Penceramah: Pn Rabeah Manshor

Penolong PPD Teknik & Vokasional

Unit Pengurusan Akademik

Iftar Ramadhan 2018

Majlis Berbuka Puasa
Guru-guru Besar Daerah Kuala Langat
25 Mei 2018 ( Jumaat )
6.00-10.30 malam
Surau SK Sg Buaya


Sunday, May 27, 2018

Senarai Peserta Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Ke-24

Berikut ialah senarai nama yang telah mendaftar sebagai peserta Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Kali Ke-24 anjuran Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia yang dikelolakan oleh Majlis Guru Besar Selangor.  Ia akan berlangsung di Hotel Summit Subang USJ pada 9 hingga 12 Julai 2018.
Sekiranya di dalam senarai tidak dinyatakan nama organisasi dan XJMP KOD, berkemungkinan besar anda tersilap memasukkan kod sekolah/jabatan anda.

Sunday, May 20, 2018

Monday, May 14, 2018

Hari Guru Kebangsaan 2018: Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Forum

Sukimin Juki: Hari Guru Kebangsaan 2018: Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Forum di Masjid Putra, Putrajaya 
3
View photos
You received this mail because Sukimin Juki shared these photos with you. If you no longer wish to receive email notifications of shared photos, unsubscribe here.
Get the Google Photos app

Google LLC
1600 Amphitheatre Pkwy
Mountain View, CA 94043 USA

Sunday, May 6, 2018

Tema Hari Guru 2018: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan


HURAIAN TEMA HARI GURU 2018

GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

 DEFINISI

 GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.

 PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.

 TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna.

 PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

DOWNLOAD

1. Kami Guru Malaysia (mp3)

2. Kami Guru Malaysia (Minus One)


HURAIAN

Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi  transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. 

Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.

Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.

Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking.



Majlis Perkhidmatan Cemerlang 2017 (APC) PPD Hulu Langat

Tarikh : 2 Mei 2018
Hari : Selasa
Tempat : Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS)
Jumlah Penerima APC 2017 : 900 orang.