MENU

Thursday, April 6, 2017

Tentatif Jadual Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-6, 2017

ATURCARA KONVENSYEN MGBS 2017

HARI/TARIKH MASA PERKARA

SELASA, 2 Mei 2017

2.15 ptg – 4.00 ptg Pendaftaran Peserta/Welcome Drink
4.00 ptg – 6.00 ptg

Slot 1:
i) Taklimat Urusetia (Pakaian-smart casual)
ii) Sesi Bersama Yang Di Pertua MGBS

  • En Mohamad Alwan bin Ginen

5.30 ptg – 8.00 mlm: Rehat/Solat/Makan Malam

(Pakaian lelaki: kemeja/tali leher/blazer/pakaian rasmi. Wanita: pejabat)

8.00 mlm – 10.00 mlm: Mesyuarat Agung Perwakilan MGBS Ke-22

RABU, 3 Mei 2017 
(Pakaian lelaki: kemeja/tali leher/blazer serta pakaian rasmi. Wanita: pejabat)

6.30 pg – 8.00 pg Sarapan Pagi
8.00 pg – 8.30 pg Perkongsian Pintar
8.30 pg – 10.00 pg
Slot 2: PERKONGSIAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

  • TN. HJ. SHAHARUDIN B. SHARIF
  • Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Moderator: EN. MEGAT FAUZI B. IBRAHIM (EXCO Majlis Guru Besar Selangor)



10.00 pg – 10.30 pg Kudapan

10.30 pg – 11.00 pg Perkongsian Pintar 2

11.00 pg – 1.00 ptg

Slot 3: FORUM: PERANAN GURU BESAR MEREALISASIKAN SLOGAN SELANGOR TERBILANG

Sidang Panel

- PN. KHOO SWEE POH

Guru Besar SK Taman Megah (SBT) Petaling Utama

- PN. NOR HANEI BT. ABU BAKAR

Guru Besar SK Jalan Tiga (SBT) Hulu Langat

- EN. MOHD ISA B. ZAKARIYA

Guru Besar SK Seksyen 9 (SBT) Petaling Perdana

Moderator

TN. HJ. MOHD FAIZULLAH B. BUYONG

Guru Besar SK Taman Melawati 2, (SKK) Gombak

1.00 ptg – 2.15 ptg Makan Tengah Hari /Rehat/Solat

2.15 ptg – 7.00 mlm Team building @ Johor Bharu

8.00 mlm – 12.00 mlm

PERASMIAN DAN JAMUAN MAKAN MALAM

● YB Tan Sri Hj Noh bin Hj. Omar

Menteri Kesejahteraan Bandar , Perumahan & Kerajaan Tempatan
Ahli Parlimen Tanjong Karang merangkap
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor
(Tema Pakaian Kebudayaan Melayu )

* TETAMU KHAS
YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Besar Johor

KHAMIS, 4 Mei 2017

6.30 pg – 8.00 pg Sarapan Pagi
8.00 pg – 9.00 pg Perkongsian Pintar 3
9.30pg – 11.00 pg

SESI KHAS PERCAMBAHAN MINDA
 Y.Brs Tuan Shashim Shah bin Harun
Timbalan Pengarah Pendidikan Selangor
Moderator: En. Sukimin b. Juki (Timbalan Yang Di Pertua MGBS)



11.30 pg – 1.00 tgh: MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KONVENSYEN

● Y.Bhg. Tn. Hj. Mohd Salleh bin Mohd Kassim S.I.S.
Pengarah Pendidikan Selangor
(Pakaian batik daerah)

1.00 tgh Makan Tengah Hari
2.00 ptg Perjalanan pulang

Saturday, April 1, 2017

Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-6, 2017

Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-6

Majlis Guru Besar Selangor akan mengadakan Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-6 pada 2 hingga 4 Mei 2017 di Hotel New York, Johor Bahru.  Keahlian MGB Selangor adalah  terbuka kepada Guru-guru Besar Sekolah Kebangsaan yang kini mempunyai keahlian  seramai 448 ahli.

  1. 2012 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur
  2. 2013 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur
  3. 2014 - Flamingo Hotel, Kuala Lumpur.  6 hingga 8 Mei 2014 mencatatkan kehadiran seramai 419 orang
  4. 2015 - De Baron, Langkawi. 1-3 April 2015
  5. 2016 - TH Hotel and Convention, 5 - 7 April 2016
Konvensyen kali keenam ini dijangka akan diadakan di Hotel New York, Johor Bahru.  Johor merupakan destinasi undian tertinggi pilihan peserta konvensyen 2016. MGB Selangor akan menanggung semua kos penginapan, makan dan pengisian konvenyen sementara MGB daerah pula mengaturkan perjalanan ahli.  Sehubungan itu berikut ialah peringatan kepada semua ahli agar:
  1. Membuat pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 10 April 2017 dengan mengisi borang elektronik yang dihantar melalui kumpulan WhatsApp MGB daerah masing-masing.
  2. Guru Besar yang tidak dapat hadir tidak perlu diganti (kerana ini adalah atas tiket peribadi bukan jawatan)
  3. Guru Besar yang telah mengesahkan hadir, sekiranya tidak hadir maka caj akan dikenakan ke atas MGB Daerah.
Jadual di bawah ialah respon daripada Guru Besar yang menyatakan sama ada dapat hadir atau tidak ke konvensyen tersebut menerusi Google Form yang dikirim melalui kumpulan WhatsApp MGB daerah masing-masing. Paparan di sini akan dikemaskini secara automatik lebih kurang setiap 5 minit.